Monday, December 27, 2010

PERLANTIKAN PENGAWAS 2010/11


Majlis perlantikan pengawas sesi 2010/11 telah diadakan di Dewan Gemilang SBPI Selandar bersama Majlis Anugerah KoKurikulum bagi pelajar yang cemerlang dalam bidang kokurikulum pada tahun 2010. Majlis dimulakan dengan perlantikan pengawas baru disusuli dengan majlis perlantikan Majlis Tertinggi bagi 2010/11. Kemudian para pengawas berdiri dan membaca ikrar yang diketuai oleh M Syafiq Aimullah.
  Oleh itu, kita berharap agar kita dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah dan berintegriti agar melahirkan pemimpin yang bakal meneraju masa depan.

PREFECTORIAL NIGHT 2010



  Pada akhir tahun 2010, Badan Pengawas Sbpi Selandar telah mengadakan jamuan akhir tahun di A Famosa Resort Melaka.  Pada malam itu pengawas tingkatan 5 diraikan dengan oleh semua pengawas-pengawas untuk menghargai jasa perkhidmatan mereka di sekolah itu dan mengucapkan selamat tinggal kepada mereka.  Para pentadbir dan guru-guru badan pengawas turut hadir memberikan sokongan. 
  Acara yang ada pada malam itu antaranya ialah, tayangan gambar,multimedia show, ucapan daripada pihak pentadbir, games dan lain lain. Para hadirin dihidangkan dengan pelbagai jenis hidangan yang begitu menyelerakan.
  Secara keseluruhannya, ramai yang memuji jamuan yang berprestij itu dan sungguh berpuas hati .

Saturday, December 25, 2010

Barisan Kepimpinan Badan Pengawas SBP Integrasi Selandar Tahun 2010/2011

Bismillahhirrahmanirrahim...
Alhamdulillah kini Badan Pengawas SBPIS telah mempunyai tampuk kempimpinan yang baru bagi sesi 2010/2011. Mereka bukanlah terdiri daripada calang-calang pelajar. Setelah diuji, ditemuduga dan melalui pelbagai bentuk ujian, akhirnya semua guru pengawas khasnya dan pihak pentadbiran sekolah amnya telah berjaya memilih mereka yang tepat dan selayaknya bagi menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin pelajar SBPIS bagi penggal 2010/2011 ini. Berikut merupakan Barisan Kepimpinan Badan Pengawas SBP Integrasi Selandar yang baru :-


JAWATAN
NAMA
KETUA PENGAWAS (KP)

Muhammad Hazwan bin Abdul Haleem
TIMBALAN KETUA PENGAWAS (TKP)
Ain Syuhadah
PENOLONG KETUA PENGAWAS 1 (PKP Sekolah)
Muhd Aqmal Masud (L)
PENOLONG KETUA PENGAWAS 1 (PKP Sekolah)
Saidatul Nur Aisyatun Sakinah (P)
PENOLONG KETUA PENGAWAS 2 (PKP Asrama)
Syafiq Ai'mullah bin Sabarudin (L)
PENOLONG KETUA PENGAWAS 2 (PKP Asrama)
Anis Najwa Nazari (P)


Sekian dahulu maklumat bagi tampuk kepimpinan badan pengawas yang terbaru.
Bagi organisasi Badan Pengawas SBP Integrasi Selandar yang penuh akan dikemaskinikan pada page 'Carta Organisasi Pengawas 2010/2011' tidak lama lagi.
Sekian.

Friday, December 24, 2010

Lawatan dari MOZAC

Pada hujung bulan Februari yang lalu, Sekolah Menengah Sains Muzaffar Shah telah mengadakan satu lawatan penanda aras di sekolah kita. Seramai 48 orang pelajar yang terdiri daripada ketua-ketua kamar dan beberapa orang warden diketuai oleh Encik Husaini. Tujuan mereka mengadakan lawatan penanda aras ini adalah untuk melihat bagaimana keadaan dan pengurusan asrama kita. Hal ini adalah kerana MOZAC merupakan tuan rumah bagi Kursus Ketua-ketua Rumah sekitar Bulan Mac ini. Melalui lawatan ini, pihak pengurusan asrama SBPIS dan MOZAC dapat bertukar-bertukar buah fikiran dan pendapat bagi memantapkan asrama masing-masing. Diharapkan lawatan sebegini dapat diteruskan sebagai usaha memupuk jalinan yang erat antara SBPI Selandar dan MOZAC. 



Kursus Etika Pemakaian SBPI Selandar


 Pada 24 Februari 2010 yang lalu, badan pengawas SBP Integrasi Selandar mengadakan satu akyiviti peragaan etika pemakaian pelajar di Balai Merdeka Aktiviti ini disasarkan kepada pelajar tingkatan satu yang baru lepas menjalankan sesi orientasi mereka. Aktiviti ini juga melibatkan kerjasama daripada para guru penasihat pengawas serta pengawas tingkatan tiga dan empat. Pengawas tingkatan tiga dan empat menjadi model bagi peragaan ini. Ia telah dikelolakan oleh Exco Sukan dan Riadah iaitu Mohd. Rasydan  dan Khairul Syazwani.

        Aktiviti peragaan ini  diadakan bertujuan untuk memberi pengenalan kepada pelajar tingkatan satu akan etika pemakaian pelajar yang betul di sini. Hal ini berikutan kerana kami, pihak pengawas tidak mahu ada sebahagian daripada mereka menjadikan tidak tahu sebagai alasan kepada mereka ini ketika tidak mematuhi etika berpakian selaku seorang pelajar. Secara tidak langsung, pelajar akan lebih senang untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru di sekolah ini tanpa mengalami sebarang masalah.

          Mentelah lagi, pelbagai jenis etika pemakaian yang diperagakan bagi mengelakkan sebarang permasalahan berlaku sepanjang mereka bersekolah di sini. Antaranya adalah cara pemakaian t-shirt outing, baju batik, baju PJK, baju untuk beriadah, baju sekolah, baju ke prep, dan baju uniform. Aktiviti ini diadakan dengan mengikut gaya pertunjukan fesyen yang masyhur dengan adanya pentas peragaan dan kerusi buat penonton. Hal ini bagi membolehkan mereka berasa terhibur sepanjang aktiviti berlangsung.

            Sehubungan dengan itu, kami berharap agar acara seperti ini dapat diteruskan dan mnenjadi sebahagian daripada aktiviti tahunan pengawas setiap tahun. Hal ini adalah kerana ianya ternyata mendatangkan manfaat dan seterusnya mengurangkan bebanan kerja kami yang sememangnya berat. Semoga semua pihak yang terlibat berasa terhibur dengan aktiviti ini dan dapat dijalnkan lagi di lain tahun.

SALAM TAHUN BARU 2010

Assalamualaikum saya ucapkan...
Diam tak diam,kita dah berada pada tahun 2010...
Banyak program yang telah dirancang dan bakal dilaksanakan...
Antara program-program yang bakal direncanakan dan diikuti di bawah tampuk kepimpinan saudara Syed Muhammad Syafiq adalah seperti yang berikut:

ü                Kursus Etika Pemakaian
   Lawatan dari MOZAC
ü                Hari Keusahawanan
ü               Forum Kepimpinan Ketua Pelajar
ü               Kursus Ketua Rumah (KESUMA )
ü               Kursus Jati Diri Pengawas
ü               XPRONC Day
ü               Bulan Kecergasan
     
      Kita tunggu!!!!!!
 

Sunday, June 13, 2010

Perlantikan Pengawas Sesi 2009/2010

Assalamulaikum semua...
Alhamdulillah bertemu kita da dalam blog ini...
Kali ini,pengendali blog ingin berkongsi tentang Majlis Perlantikan Pengawas Sesi 2010...
Sebenarnya,pengawas-pengawas ini telah menjalankan tugas mereka sejak awal bulan tujuh lagi...
Walaubagaimanapun,akibat kesibukan dengan pelbagai aktiviti lain,majlis perlantikan ini terpaksa ditunda pada tarikh yang sesuai...
16 November 2009,Hari Isnin melakarkan sejarah yang amat bermakna kepada semua pelajar SBP Integrasi Selandar...
Hal ini adalah kerana,pada hari tersebut telah diadakan dua majlis besar iaitu Anugerah Hem dan Kokurikulum serta Majlis Perlantikan Pengawas Sesi 2009/2010...
Majlis yang gilang-gemilang itu telah dihadiri dan dirasmikan oleh tetamu kehormat iaitu,Mantan Pengarah Pendidikan Melaka, Tn Hj Abdul Malek Bin Ismail...
Alhamdulillah,dengan berkatNya,majlis tersebut berjalan dengan sempurna dan lancar...















Perlantikan Ketua Pelajar,Syed Muhammad Syafiq














Tandatangan aku janji sebagai Pengawas




















Penerimaan Sijil Perlantikan

Friday, June 11, 2010

Jamuan Pengawas 2009

Assalamualaikum...
Bertemu kita sekali lagi dalam blog ini...
Kali ini,pengendali blog ingin mengimbau semula salah satu aktiviti tahunan yang wajib dilaksanakan pleh Badan Pengawas SBPI Selandar iaitu 'Prefects Annual Dinner'...
Lazimnya,majlis ini akan diuruskan oleh pimpinan pengawas-pengawas tingkatan empat sambil dipantau oleh guru penasihat pengawas...
Pada tahun 2009,Majlis Makan Malam Tahunan Pengawas SBPI Selandar telah diadakan di Bndar Hilir,Melaka...
Di samping itu,majlis yang telah dihadiri oleh pihak pentadbir sekolah dan YDP PIBG sekolah ini disambut dengan meriah sekali...
Para pengawas tingkatan lima dijamu dengan jamuan yang melazatkan...
Tidak kurang daripada itu juga,mereka telah diberi sedikit cenderamata dan sijil penghargaan di atas segala jasa yang telah dicurahkan sepanjang menjadi pengawas di SBPI Selandar...
Demikian sahaja laporan berkaitan Majlis Makan Malam Tahunan Pengawas 2009.....


Thursday, June 10, 2010

Kursus Protokol Pengawas 2009

Assalamualaikum semua...
Alhamdulillah bertemu kita sekali lagi..
Kali ini,pengendali blog ingin berkongsi dengan anda tentang Kursus Protokol Pengawas 2009...
Kursus ini telah diadakan ini Bilik Warisan SBPI Selandar...
Program ini diadakan bertujuan untuk menerangkan kepada pimpinan pengawas 2009/2010 tentang protokol sebenar dalam pelbagai aspek...
Melalui kursus ini,penceramah jemputan iaitu Puan Zurinah bte Kassim telah menerangkan dengan panjang lebarnya tentang cara-cara protokol kepentingannya tersendiri..
Antara aspek protokol yang diberi penekanan adalah dari segi pakaian serta protokol dalam pengurusan majlis...
Alhamdulillah melalui kursus ini,para pengawas lebih tampak bergaya dan anggun serta berkeyakinan dalam menjalankan tugas...
























Tuesday, June 8, 2010

Perasmian Blog Pengawas SBPI Selandar

Assalamualaikum saya ucapkan kepada semua para pengunjung blog ini...
Pertama-tamanya marilah kita bersama-sama merafakkan kesyukuran yang tidak terhingga kepadaNYA kerana dengan limpah kurniaNYA dapatlah kita menikmati kehidupan sehingga hari ini...
Selaku pengendali blog, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ayahanda Encik Karim bin Bayok,selaku Pengetua Cemerlang SBPI Selandar kerana telah mengizinkan kami untuk membuat blog ini...
Selain itu,terima kasih yang tidak terhingga juga kepada semua guru-guru pengawas atas nasihat dan sokongan yang diberikan,terutamanya Cik Arnizam dan juga Cik NorAzlina...
InsyaAllah,saya yakin dengan adanya blog ini,maka semua pihak dapat berkongsi idea serta pendapat yang bernas dalam arah mewujudkan pelajar yang berdidiplin...
Tambahan lagi,penubuhan blog ini adalah bertujuan untuk memuatkan segala aktiviti-aktiviti yang diadakan oleh Badan Pengawas SBPI Selandar...
Di samping itu juga,dunia moden pada hari ini memerlukan kita untuk maju dalam bidang teknologi...
Akhir kalam dari saya, 'Selamat Mengunjungi Blog Pengawas'
Terima kasih...Assalamulaikum...