Pada 24 Februari 2010 yang lalu, badan pengawas SBP Integrasi Selandar mengadakan satu akyiviti peragaan etika pemakaian pelajar di Balai Merdeka Aktiviti ini disasarkan kepada pelajar tingkatan satu yang baru lepas menjalankan sesi orientasi mereka. Aktiviti ini juga melibatkan kerjasama daripada para guru penasihat pengawas serta pengawas tingkatan tiga dan empat. Pengawas tingkatan tiga dan empat menjadi model bagi peragaan ini. Ia telah dikelolakan oleh Exco Sukan dan Riadah iaitu Mohd. Rasydan dan Khairul Syazwani.
Aktiviti peragaan ini diadakan bertujuan untuk memberi pengenalan kepada pelajar tingkatan satu akan etika pemakaian pelajar yang betul di sini. Hal ini berikutan kerana kami, pihak pengawas tidak mahu ada sebahagian daripada mereka menjadikan tidak tahu sebagai alasan kepada mereka ini ketika tidak mematuhi etika berpakian selaku seorang pelajar. Secara tidak langsung, pelajar akan lebih senang untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru di sekolah ini tanpa mengalami sebarang masalah.
Mentelah lagi, pelbagai jenis etika pemakaian yang diperagakan bagi mengelakkan sebarang permasalahan berlaku sepanjang mereka bersekolah di sini. Antaranya adalah cara pemakaian t-shirt outing, baju batik, baju PJK, baju untuk beriadah, baju sekolah, baju ke prep, dan baju uniform. Aktiviti ini diadakan dengan mengikut gaya pertunjukan fesyen yang masyhur dengan adanya pentas peragaan dan kerusi buat penonton. Hal ini bagi membolehkan mereka berasa terhibur sepanjang aktiviti berlangsung.
Sehubungan dengan itu, kami berharap agar acara seperti ini dapat diteruskan dan mnenjadi sebahagian daripada aktiviti tahunan pengawas setiap tahun. Hal ini adalah kerana ianya ternyata mendatangkan manfaat dan seterusnya mengurangkan bebanan kerja kami yang sememangnya berat. Semoga semua pihak yang terlibat berasa terhibur dengan aktiviti ini dan dapat dijalnkan lagi di lain tahun.
No comments:
Post a Comment