Friday, March 25, 2011

Kursus Kepimpinan bersama MSU


Bertarikhkan 11 Februari 2011,sebuah program yang diatur oleh pihak sekolah yang melibatkan kesemua pelajar Tingkatan 3 & 5 dan beberapa pengawas Tingkatan 4 telah diadakan. Program tersebut dikendalikan oleh 2 org pensyarah dari MSU. Bermula jam 2.40 petang, semua pelajar berkumpul memakai pakaian Pendidikan Jasmani dan berakhir pada pukul 5.40 petang. Tujuan program ini ialah untuk memantapkan akademik dan memupuk kepimpinan pelajar. pada keesokan harinya,sedikit senaman pagi dilaksanakan dan seterusnya Latihan dalam Kumpulan.


Lawatan Benchmarking SAINA

  

 Pada 15 Januari 2011, SBPIS telah dikejutkan dengan berita kedatangan sebuah sekolah dari utara iaitu SAINA. Melalui informasi awal,mereka terdiri daripada 4 guru pengiring dan 34orang pelajar termasuk  MT pelajar(pengawas) dan ahli Exco 3K. Ketibaan mereka disambut mesra oleh MT pelajar kita,umumnya MT pengawas kita pada jam 9 malam. Pada malam itu,mereka melakukan sedikit perkongsian pelajar. Maksudnya,mereka bertukar informasi mengenai sekolah kita dan sekolah mereka. Esoknya,mereka melakukan sedikit lawatan sekitar Melaka. Dan pada pagi Ahad,sesi fotografi berlangsung dan akhirnya mereka memulakan pergerakan pulang ke sekolah mereka.