Bertarikhkan 21 Januari 2011,berlatarkan hari Jumaat,sebuah program telah dijalankan di Dewan Gemilang SBPI Selandar. Program Frayer antara SBPI Selandar dan SK Batang Melaka berdasarkan akademik dan kepimpinan. Mereka yang terlibat ialah pelajar Tahun 4,5, dan 6 berjumlah 92 orang,terdiri daripada pelajar biasa dan pengawas. Objektif program ialah:
1. Membentuk keyakinan diri yang tinggi dalam jiwa pengawas sebagai pemimpin
2. Melahirkan pemimpin bertaraf dunia 'World Class Leardership'3. Mengenalpasti dan membimbing kelemahan sebagai pemimpin yang boleh diperbaiki.
Mukaddimah program diuruskan oleh Puan Rohani Ismail,Kaunselor Cemerlang SBPI Selandar. Kemudian diteruskan dengan ucapan dari Ayahanda Pengetua dan Guru Besar SKBM. Kemuncak program ialah upacara menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Pengawas Angkat antara SKBM dengan SBPIS.Seterusnya majlis diteruskan dengan penyerahan adik angkat kepada pelajar SBPIS untuk program pemantapan akdemik.Melalui program frayer ini, pihak SBPIS akan membantu SKBM untuk meningkatkan pencapaian akademik dan kemahiran kepemimpinan pengawas SKBM. Semoga program pengawas angkat ini dapat meningkatkan kemahiran kepemimpinan pengawas kedua-dua sekolah.
Menandatangani MOU
Adik Angkat & Pengawas Angkat