Thursday, January 6, 2011

Laporan Kemasukan Pelajar Tingkatan 1 2011 dan Minggu Silaturrahim

SELAMAT DATANG KEPADA PELAJAR-PELAJAR BARU TINGKATAN 1 KE SBPIS.
KEDATANGAN ANDA KEBANGGAAN KAMI.
Pada 5 Januari 2011,seramai 73 orang pelajar Tingkatan 1 dari segala pelosok tanah air telah mendaftarkan diri di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar. Keseluruhan mereka semua merupakan pelajar cemerlang Ujian Penilaian Menengah Rendah 2010. Sebelum diterima masuk ke sekolah tercinta ini,mereka telahpun ditemu ramah oleh pihak sekolah di Dewan Santapan pada tahun 2010. Seramai 22 fasilitator telah terlibat pada hari tersebut dan juga sepanjang Minggu Siturrahim. Kesemua pengawas Tingkatan 4 2011,iaitu 18 org telah terlibat dalam program ini beserta beberapa Pembimbing Rakan Sebaya Tingkatan 4 2011. Organisasi fasilitator telah diketuai oleh Harundin Hakimi b Mohd Yusoh dan disokong daripada belakang,semua fasilitator yang lain.Minggu Silaturrahim berlangsung selama 2 minggu dan hampir semua program dijalankan oleh fasilitator. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah sesi Suai Mesra,Latihan Dalam Kumpulan,lawatan ke Negeri Melaka,dan lain-lain lagi. Semua program berjalan dengan lancar dan yang menjadi perhatian kami,semasa latihan dalam kumpulan,beberapa bakat yang telah tercungkil semasa pembentangan kerja kumpulan. Sepanjang program ini,pengawas-pengawas yang ada telah berjaya dikesan bakat kepimpinan menjadi seorang Ketua Pelajar justeru memudahkan pencalonan untuk Majlis Tertinggi Pengawas 2011/12. Selain itu,bakat kepimpinan pengawas dari pelajar Tingkatan 1 2011 dapat diolahkan dan beberapa pelajar dikesan kepimpinan mereka.


No comments:

Post a Comment