Monday, January 28, 2013

KURSUS KEPEPIMPINAN PENGAWAS 2013


Having Fun At Nube Training Centre, Port Dickson
















          Pada 25 Januari 2013 yang lalu, semua pengawas SBPIS sesi 2012-2013 telah berangkat ke Nube Training Centre di Port Dickson bagi menjalani kursus kepimpinan pengawas. Pada hari pertama, kami sampai di destinasi dalam jam 4.30 petang. Setelah menguruskan hal penginapan, kami diarahkan untuk ke pantai bagi aktiviti pertama kami iaitu 'water confident'. Aktiviti tersebut sangat menarik kerana kami dipaksa untuk berenang kembali ke pantai setelah dilepaskan oleh 'banana boat' di tengah laut. Malamnya kami mempunyai ceramah berkaitan komunikasi antara manusia.


         Keesokan harinya, kami menjalankan aktiviti kedua iaitu 'obstacles'. Ia merupakan beberapa halangan yang telah dibina oleh pihak MaruJaya untuk dilepasi kami. Antara halangan yang menarik ialah Spider Web, Donut Hole, dan Atomic Bomb. Pada malamnya, kami mendengar ceramah berkaitan pengucapan awam. Kami belajar cara-cara bagaimana hendak memberikan ucapan yang bagus di khalayak ramai tanpa ada rasa takut. Banyak input yang kami dapat sepanjang slot tersebut.














           Pada hari terakhir, kami membuat senaman pagi kami yang terakhir kami di sana. Kemudian, pihak MaruJaya mengadakan explorace untuk kami. Pelbagai tugasan yang mencabar telah kami tempuhi. Kami memancing ikan yang ganas, berjalan atas batu bata yang sempit, menyelesaikan puzzle yang rumit dan yang paling menarik adalah menghantar getah hanya menggunakan straw dari mulut ke mulut. Aktiviti-aktiviti tersebut amat mencabar dan kami amat berpuas hati. Setelah selesai explorace, majlis penutup telah dirasmikan olehEn Ramli bin Abdullah. Kami pun menaiki bas dan bergerak pulang setelah sesi bergambar bersama pihak MaruJaya.






Monday, January 14, 2013

Program Jati Diri Generasi Terbilang


Pelancaran Program Jati Diri Generasi Terbilang



        Sekolah telah menjemput Mantan Pengetua Jusa C SMS Rembau Negeri Sembilan, Dato' Azam bin Md Atan untuk memberikan ceramah berkaitan jati diri generasi terbilang. Ceramah telah dijalankan di Dewan Gemilang pada jam 1.00 petang. Dato' Azam telah memberikan beberapa info dan tip yang dapat diterapkan dalam diri pelajar dan guru agar sama-sama menerajui sekolah ke arah yang lebih produktif. Segala pengalamannya telah dikongsikan kepada para pelajar dan diharapkan agar para pelajar dapat memberikan tumpuan sepenuhnya untuk diteladani pada masa hadapan. 

       Ketua Pelajar SBPI Selandar, Muhd Zaid bin Termizi, juga telah sebuah ucapan yang panjang berkaitan hal-hal pelajar di sekolah. Segala perjalanan pelajar daripada bangun tidur sehinggalah prep malam diceritakan. 

       Majlis telah disempurnakan dengan perasmian program jati diri generasi terbilang oleh Dato' Azam sendiri. 

Saturday, January 12, 2013

KEDATANGAN WARGA SMP N2 DUMAI KE SBPIS


Lawatan Pengantarabangsaan SMP N2 Dumai ke SBPI Selandar



        Seramai 38 orang pelajar dan 4 orang guru SMP N2 Dumai Indonesia telah mengadakan lawatan penandaarasan dan seterusnya termeterai perjanjian MoU bersama SBPI Selandar. Delegasi dari SMP N2 Dumai diketuai oleh Partahanan Hutabarat, ketibaan rombongan disambut meriah oleh warga SBPI Selandar dengan palungan kompang dan persembahan silat oleh pelajar SBPI Selandar. Mereka kemudiannya diberi taklimat ringkas berkaitan sekolah dan juga ucapan selamat datang daripada Pengetua Cemerlang SBPIS. Sepanjang berada disini pelbagai program telah dilaksanakan, diantara pengisian yang bermanfaat adalah sesi dialog dan perbincangan ilmiah antara pelajar SMP N2 Dumai dan Majlis Tertinggi Pengawas SBPIS. Selain itu juga, program penghayatan kebudayaan Malaysia-Indonesia telah diadakan, dengan persembahan tarian zapin oleh pelajar SBPIS dan persembahan kebudayaan oleh pelajar SMP N2 Dumai. Tarian tradisional daripada SMP N2 Dumai amat mengasikkan dan memukau para pelajar SBPIS. Semoga dengan program pengantarabangsaan ini dapat membina hubungan rapat antara kedua-dua sekolah khususnya hubungan 'Smart Partnership' berkaitan dengan perkongsian ilmu dan kepakaran kepada badan pengawas SBPIS

Monday, January 7, 2013

Kemunculan warga baru SBPIS



Selamat datang diucapkan kepada adik-adik tingkatan satu yang baru sahaja mendaftar di SBPI Selandar.


          Seramai 78 orang pelajar tingkatan satu telah mendaftar di SBPI Selandar. Pada jam 8.00 pagi, pendaftaran kelas dan dorm telah dijalankan. Seterusnya taklimat PBS, HEM, Kokurikulum, Kurikulum, dan ucapan daripada YDP PIBG dan Ayahanda. Urusan pembayaran yuran makan asrama dan pembelian peralatan sekolah di koperasi dan akhir sekali pelajar-pelajar dibawa ke asrama untuk urusan asrama.

          Diharapkan adik-adik tingkatan satu dapat menyesuaikan diri dengan keadan di asrama. Maklumlah, pertama kali hendak hidup berdikari tanpa ibu bapa di sisi setiap hari. Jangan ada yang ''homesick'' kerana rindukan rumah dan keluarga.