Lawatan Pengantarabangsaan SMP N2 Dumai ke SBPI Selandar
Seramai
38 orang pelajar dan 4 orang guru SMP N2 Dumai Indonesia telah mengadakan
lawatan penandaarasan dan seterusnya termeterai perjanjian MoU bersama SBPI
Selandar. Delegasi dari SMP N2 Dumai diketuai oleh Partahanan Hutabarat,
ketibaan rombongan disambut meriah oleh warga SBPI Selandar dengan palungan
kompang dan persembahan silat oleh pelajar SBPI Selandar. Mereka kemudiannya
diberi taklimat ringkas berkaitan sekolah dan juga ucapan selamat datang
daripada Pengetua Cemerlang SBPIS. Sepanjang berada disini pelbagai program
telah dilaksanakan, diantara pengisian yang bermanfaat adalah sesi dialog dan
perbincangan ilmiah antara pelajar SMP N2 Dumai dan Majlis Tertinggi Pengawas SBPIS. Selain itu juga, program penghayatan
kebudayaan Malaysia-Indonesia telah diadakan, dengan persembahan tarian zapin
oleh pelajar SBPIS dan persembahan kebudayaan oleh pelajar SMP N2 Dumai. Tarian tradisional daripada SMP N2 Dumai amat mengasikkan dan memukau para pelajar SBPIS. Semoga
dengan program pengantarabangsaan ini dapat membina hubungan rapat antara
kedua-dua sekolah khususnya hubungan 'Smart Partnership' berkaitan dengan
perkongsian ilmu dan kepakaran kepada badan pengawas SBPIS
No comments:
Post a Comment